HINA KEMATIAN ANGGOTA TLDM: POLIS SIASAT AKAUN TWITTER RAJA FARAH SOFEA

HINA KEMATIAN ANGGOTA TLDM: POLIS SIASAT AKAUN TWITTER RAJA FARAH SOFEA
Johor Bahru, 13 Oktober 2020 - Polis menyiasat pemilik akaun Twitter Raja Farah Sofea susulan kenyataan dibuatnya berhubung kemalangan yang meragut nyawa anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi di sini, Sabtu lalu.
Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kenyataan individu yang menggunakan nama Raja Farah Sofea di Twitter itu.
"Laporan polis sudah dibuat. Kami (polis) sudah memulakan siasatan. Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU)," katanya ketika dihubungi, semalam.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, Mohd Rizal Buseri, 31, yang juga anggota TLDM meninggal dunia selepas Honda Accord dipandu dirempuh Perodua Myvi dipandu seorang wanita.
Kemalangan terbabit tular di media sosial selepas kereta berkenaan hilang kawalan dan melambung sebelum merempuh dua kereta lain hingga terbalik.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro
Sumber:


Ulasan